PROGRAM PELANCARAN IHYA RAMADHAN

Tarikh : 27 Jun 2014
29 Syaaban 1435H

Masa : 7.30pg – 9.30pg
4.00ptg – 6.10ptg

Tempat : Dewan Terbuka SKBJ

Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardukan kepada umat Islam yang mengerjakannya. Sehubungan itu kita digalakkan bersedekah, bertadarus al-Quran, solat sunat terawih, Qiamullail serta wajib mengeluarkan zakat fitrah. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan sunat.