Sejarah Sekolah

SK Bukit Jalil mula dibuka dan beroperasi pada tahun 2002 di bawah pimpinan guru besar;

  1. Pn. Juriah binti Jupri 2002 – 2012
  2. Pn. Zuraimah binti Noordin 2013 – 2014
  3. Pn. Jamilah binti Iberahim 2014 hingga sekarang

Murid-murid pada mula SK Bukit Jalil dibuka adalah seramai 112 orang dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

Sekolah hanya menerima murid Tahun 6 pada tahun 2003.

PIBG telah ditubuhkan pada bulan April 2002 dan, Pengerusi PIBG yang pertama dilantik ialah Dr. Abdullah bin Taib.

Sehingga kini, SK Bukit Jalil telah berkembang pesat dan mempunyai warga sekolah seramai 79 orang guru dan 1333 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6.